Drama Pengantin 100 Hari [Slot Lestary TV3]


DRAMA: PENGANTIN SERATUS HARI
EPISOD: 13 
TARIKH TAYANGAN: 25 Jun 2018
SIARAN TV: Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH: Amor Rizan
PENERBIT: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd 
PELAKON: Aiman Hakim, Aishah Azman, Amelia Henderson, Fazren Rafi, Fanna Azizan, Jasmine Suraya, Dato Rahim Razali, Zila Bakarin, Edika Yusof, Faiz Izzat, Yusri Saleh

WATAK PELAKON 
Aiman Hakim sebagai Amar
Amelia Henderson sebagai Erina
Aishah Azman sebagai Sofia
Zila Bakarin sebagai Puan Yasmin
Edika Yusof sebagai Rushidi
Jasmine Suraya sebagai Farah
Fazreen Rafi sebagai Iqbal

SINOPSIS PENGANTIN SERATUS HARI
Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja. Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak.

No comments