Drama Makmum Yang Paling Aku Cinta [Slot HyppTV]



DRAMA: MAKMUN YANG PALING AKU CINTA
BERMULA: 14 March 2018 
WAKTU SIARAN: Setiap Rabu & Khamis 9.00 mlm
SLOT: Hypptv
EPISOD: 30
TERBITAN: MIG
PELAKON : Nazrief Nazri, Bella Dally

WATAK PELAKON 
Nazrief Nazri- Syed Amru
Bella Dally- Nailofar
Sharifah Shahora- 
Lana Nordin- Maizatul
Shakila Koriri -

SINOPSIS MAKMUM YANG PALING AKU CINTA
Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato' Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih dari seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut. 

Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu.

Kerana manusia bernafsu binatang, sebuah tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat. 

Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat. Apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan.  

Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam Tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato' Syed Qassim!

" Voiceless or not, it doesn't matter. My feelings for you won't ever change. Please have faith in me, little one." Kata salah seorang Syed!

No comments