Drama Mak Cun 4 [Slot Dahlia TV3]



DRAMA : MAK CUN 4
TARIKH TAYANGAN : 7 April 2018
WAKTU SIARAN : Sabtu & Ahad, 6.58 petang
SIARAN TV : Slot Dahlia TV3
PENGARAH : Izuan Mokhtar & Amie Maziah
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PELAKON : Eirma Fatima, Umie Aida, Dato' Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Aiman Tino, Jay Nazif, Nur Khadra Syamimi, Awie, Erra Fazira, Ziana Zain, Syuhaida Abraz, Zarina Zainuddin, Ariff Aziz, Ady Fakaruddin, Betty Rahmad, Syanie, Aziza Kazan, Syamel, Fazlina Dato Ahmad Daud

WATAK PELAKON 
Eirma Fatima sebagai Mok Cun
Umie Aida sebagai Manisah
Dato' Rahim Razali sebagai Pak Akob
Balkisyh Semundur Khan sebagai Atol
Awie sebagai Rock
Erra Fazira sebagai Olio
Ziana Zain sebagai Nona Mardina
Fazlina Dato Ahmad Daud sebagai Normah
Aiman Tino sebagai Kumin
Jay Nazif sebagai Atan
Nur Khadra Syamimi sebagai Atin
Syuhaida Abraz sebagai Cik Pon
Zarina Zainuddin sebagai Datin Zawiyah
Ariff Aziz sebagai Helmi
Ady Fakaruddin sebagai Mahmood
Betty Rahmad sebagai Maya

SINOPSIS MAK CUN 4
Kali ini, Mak Cun mengumpul usahawan kampung seperti Miss Olio (Erra Fazira) dan Rock (Dato’ Awie) untuk menjadi geng Mak Cun. Mak Cun semakin berjaya dengan perniagaan Mart dan onlinenya.  Malangnya kejayaan Mak Cun tidak dapat dikongsi bersama Pak Akob kerana Cik Pah (Azizah Mahzan) isteri Pak Akob yang begitu cemburu dengan Mak Cun sehingga tidak langsung membenarkan Pak Akob rapat dengan Mak Cun.

Dalam masa yang sama, Atin dan Atan, cucu Mak Cun yang berusia 7 tahun, mewarisi minat dalam perniagaan seperti Mak Cun. Atin bijak dalam matematik manakala Atan mahir dalam internet dan gajet. Perniagaan Mak Cun semakin viral dan maju dengan bantuan mereka. Mak Cun mula memikirkan untuk memajukan kedai jahitnya itu kepada butik dengan bantuan Normah. Mak Cun terdengar misi ke New York Fashion Week dan dia berusaha untuk melebarkan empayar perniagaannya ke sana.

Atul pula merasakan dah sampai masanya dia menumpukan perhatian dengan tanah pusaka yang terbiar lama itu. Mak Cun bersetuju dengan cadangan Atul itu lagipun dia sudah ada Cik Pon, pembantu yang boleh diharapkan. Sudah tentu, Manisah masih lagi tidak puas hati dengan kejayaan Mak Cun.

Dia juga mahu berjaya seperti Mak Cun, lalu dia mencari jalan untuk berniaga juga. Manisah mendapat idea untuk membuka butik pakaian dan mengajak Nona (Ziana Zain) yang baru dikenalinya untuk menjadi rakan kongsi. Mak Cun turut ingin menaik taraf butiknya lalu meminta Normah (Fazlina Ahmad Daud) untuk mencari kedai kosong di bandar.

Berebutlah Manisah dan Normah untuk mendapatkan satu kedai yang kebetulan kosong di bandar berdekatan dengan Mart Mak Cun. Pelbagai lagi percubaan Manisah untuk terus bersaing dengan Mak Cun yang menimbulkan kekecohan.

No comments