Drama Mr Delicious [HyppTV]


Drama: Mr Delicious [HyppTV]

Episod : 30 
Novelis : Marissa
Pengarah : Adlin Abidin
Terbitan : Dark Wave Pictures Sdn Bhd
Bermula: 16 Ogos 2017
Siaran: Rabu dan Khamis
Waktu: 9 malam 
Slot: HyppSensasi, saluran HyppTV (116)
Pelakon : Guntur Triyoga (Aiman), Reen Rahim (Fina), Killafairy (Zara) Ieda Moin (Zita), Azar Azmi (Mellina), Erwin Dawson, Aleeza Shadan.

Sinopsis

Beberapa tahun lalu di zaman sekolah menengah…
“Oh, jadi kau stalk kita orang, ya? Boleh tahan pervert juga kau ni, ya…” – ZARAA

“Ya, aku memang dah lama stalk korang semua. Sekolah aku kat sebelah aje. Sebenarnya aku jealous sebab aku nampak korang bertiga ni selalu aje happy-go- lucky. Aku pula jenis yang susah yang nak cari kawan. Errr, lupa pula aku nak kenalkan diri. Nama aku Aiman.” – AIMAN

Bermula dari zaman sekolah itu, Zita, Zaraa dan Fina semakin rapat dengan Aiman yang mereka gelar sebagai Mr. Delicious.

Konflik bermula bila Aiman mula jatuh cinta. Bukan seorang, tetapi dia jatuh cinta kepada ketiga-tiga sahabatnya.

“Kau memang tak berhati perut, Aiman. Suka mempermainkan perasaan kita orang!” – ZARAA

“Kau takut Aiman tetap takkan terima kau? Kau takut untuk terus percayakan cinta lagi? Dan kau takut kau takkan jumpa jodoh kau lagi?” – ZITA

“Okey, okey, okey... Sebelum kita balik KL, jom kita janji... Kita akan kekal BFF dan anggap Mr.

Delicious tu macam abang kita aje, sampai bila-bila, janji?” – FINA

Namun, hadir pula Melina di antara mereka menyebabkan kehidupan sahabat-sahabat itu tambah huru-hara. Apakah Aiman si Mr. Delicious terpaksa memilih Melina demi menjaga hati ketiga-tiga mereka? Siapakah yang berjaya merebut hati Mr. Delicious dan apakah ada di antara mereka yang bakal berputih mata? Nikmatilah kisah persahabatan dan percintaan Mr. Delicious bersama gadis- gadis di sampingnya dari Kuala Lumpur sehingga ke Las Vegas, Amerika Syarikat!

No comments