Drama Mencintaimu Mr Photographer [Slot MegaDrama Astro Ria]


DRAMA : MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER

EPISOD : 16 
TARIKH TAYANGAN : 3 Julai 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Mega Drama (Astro Ria 104 & HD 123)
SKRIP : Faten Syamimie
PENULIS NOVEL : Emma Mariam
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : MIG Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Marisa Yasmin, Arash Mohd, Hairie Othman, Amy Mastura, Fahmy Reza, Mimi Ernida, Ariz Lufias, Aishah Azman, Elvina Chuam, Bernard Hiew, Ikmal Amry, Vicha Saywho, Lia Natalia

WATAK PELAKON

Syafiq Kyle sebagai Nazmi Elyas (Jemy)
Hannah Delisha sebagai Aira Qaisara
Arash Mohd sebagai Tan Sri Megat Miqdad
Marisa Yasmin sebagai Marlia
Hairie Othman sebagai Datuk Roslan
Amy Mastura sebagai Datin Laila
Fahmy Reza sebagai Akmal
Mimi Ernida sebagai Tiara
Ariz Lufias sebagai Nazrul Elya
Aishah Azman sebagai Mila
Elvina Chua sebagai Emily
Vicha Saywho sebagai Nadia
Bernard Hiew sebagai Alan
Ikmal Amry sebagai Rahim
Carolina sebagai Tiara Muda
Amber Chia sebagai Kiki
Lia Natalia sebagai Mimi
Dilla Ahmad seabgai Dato Mialarasati 

LAGU TEMA / OST MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

Tajuk Lagu : Jampi
Penyanyi : Hael Husaini

Tajuk : Tanda Tanya
Penyanyi : Aisyah Aziz

SINOPSIS MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER

Satu kejadian yang tidak sangka membawa pertemuan antara Aira Qaisara dan Nazmi Elyas. Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar. Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya?

No comments