Drama Hero Seorang Cinderella [Slot MegaDrama Astro Ria]


DRAMA : HERO SEORANG CINDERELLA 

EPISOD : 24 
TARIKH TAYANGAN : 22 Mei 2017 - 6 Julai 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Mega Drama (Astro Ria 104 & HD 123)
SKRIP : Nazri M. Annuar / Fairul Nizam Ablah
PENULIS NOVEL : Anjell
PENGARAH : Michael Ang / Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON :Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim, Aedy Ashraf, Nina Juren, Azhar Amir, Iswan Ismail, Jasmine Suraya, Lisdawati, Ahmad Fauzee, Anne Abdullah, Ziha Salleh, Syafi Danish, Farez Ridzwan

WATAK PELAKON 

Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam
Nur Fazura sebagai Nura Medina
Zizie Izette sebagai Puan Sri Mawar
Uqasha Senrose sebagai Puteri Emallyn
Fikry Ibrahim sebagai Noah Farizzam
Aedy Ashraf sebagai Darius
Iswan Ismail sebagai Lukman (Luke)
Jasmine Suraya sebagai Zuyyin
Nina Juren sebagai Tengku Shamiza
Azhar Amir sebagai Datuk Azizan
Lisdawati sebagai Puan Ayana

LAGU TEMA  / OST 

Tajuk : Hero Seorang Cinderella
Penyanyi : Fattah Amin dan Nur Fazura

SINOPSIS HERO SEORANG CINDERELLA 

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina. Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam. Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat. Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya? 

No comments