Drama Cik Serba Tahu [Slot MegaDrama Astro Ria]


DRAMA : CIK SERBA TAHU

EPISOD : 16
BERMULA : 27 Mac 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, Ako Mustapha, Liza Othman, Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Sherie Merlis, Badrul Muhayat, Sharisa Haris, Mona Allen, Idris Khan, Radhi Khalid

WATAK PELAKON 

Remy Ishak sebagai Carl Adham
Sari Yanti sebagai Aerna Isyqee
Zarul Umbrella sebagai Azhar Bunyamin
Iedil Putra sebagai Azhar Benyamin
Ilya Buang sebagai Ismail Hitam Interpol
Aishah Ilias sebagai Dylaila
Mona Allen sebagai Maira
Isya Riana sebagai Sarah
Ako Mustapha sebagai Dato Azli
Dynas Mokhtar sebagai Kak Chaq
Syazuwan Hassan sebagai Riduan
Idris Khan sebagai Huzair
Nadia Brian sebagai Fazlin
Liza Othman sebagai Datin Harizah
Sherry Merlis sebagai Datin Azlia
Radhi Khalid sebagai Sham Interpol
Badrul Muhayat sebagai Dato Cairil
Sharisa Haris sebagai Mira 

LAGU TEMA / OST CIK SERBA TAHU

Tajuk : Cinta Apa Adanya
Artis : Tasha Manshahar

SINOPSIS CIK SERBA TAHU

Berbagai usaha yang dilakukan oleh Carl Adham untuk memikat hati Aerna, namun Aerna sukar menerima cinta dari Carl Adham sedangkan mereka baharu sahaja berkenalan. Memandangkan Carl dengan tiba-tiba mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah. Rakan-rakan sekerja di pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun. Dan disebabkan serba tahunya itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?

No comments