Biodata Ain Edruce Pelakon Baru - Drama Kekasih Paksa Rela [Slot Akasia TV3]


Nama Penuh: Nurain Edruce
Nama Komersil: Ain Edruce
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Asal: Terengganu
Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
Kerjaya: Pengacara, Model dan Komposer
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Status: Bujang

Rancangan TV: Tumit Tinggi, MBuzz, Mad Markets, Girls Only Show, Dari Bilik Sebelah (Anugerah Melodi 2016) dan Karpet Merah Anugerah Skrin (ASK) 2016, Kekasih Paksa Rela

Facebook: facebook.com/nurulain.edruce
Twitter: twitter.com/ainedruce
Instagram: instagram.com/ainedruce

Seorang yang happy go lucky, gila-gila dan petah berkata-kata.

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komposisi Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Pandai bermain gitar dan mengubah lagu.

Program ‘Girl Only Show’ yang disiarkan di saluran Hypp Inspirasi (Hypp TV) merupakan rancangan pertama yang dikendalikannya.

Pernah menghasilkan lagu raya bertajuk Inspirasi Syawal dan disiarkan di saluran Hypp TV.

Pernah bekerjasama dengan pereka fesyen tanah air seperti Hatta Dolmat dan Ana Ali.

Mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum teh hijau untuk kekal cantik dan langsing.
Sangat obses dengan Taylor Swift.

Menjadi salah seorang peserta program terbitan TV9 iaitu Lari:Misi Mr X bersama-sama selebriti tempatan seperti Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah.

Dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy.

Memenangi Zalora Style Awards 2016 bagi kategori Female Style Star.

No comments