Drama Imam Mudaku Romantik [Astro Oasis]


Drama Imam Mudaku Romantik [Astro Oasis]
Bermula: 16 Jun 2016
Siaran : Isnin-Khamis, 9.00 malam
Saluran: Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135
Episod :  16
Novelis : Izzah Haneefa
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Terbitan: Nuansa Sdn. Bhd.
Pelakon : Hisyam Hamid, Syatilla Melvin, Faye Kusairi, Rahhim Omar, Zarina Zanuddin, John Chisel, Erwin Dawson, Dian P. Ramlee, Syed Ali, Sharisa Haris, Kuza, Amalina Lutfi, Farah Nabila, Charline Numan, Amy Hariani, Nisa Rissa, Rosli Sako

Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik [Astro Oasis]

“Laila, kita qiamullail, jom?” - Faqih

“Kenapa?” - Khalisah
“Kita solat tahajud sama-sama.”
“Hah? Wajib ke?”
“Memanglah tak wajib. Nak masuk syurga sama-sama tak?”

Nasib kaulah, Khalisah! Kau yang beria-ia sangat nak suami imam atau ustaz, kan? Nah, sekarang kau tanggunglah kalau kena ceramah dengan dia!

LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu.

Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.

Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.

Campur tangan kedua ibu bapa mereka menambahkan lagi keperitan hidup rumah tangga mereka. Disebabkan fitnah itu Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah oleh ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.

“Laila, di mana Laila sekarang? Khalifah-khalifah kecil kita dah lahir ke belum? Abang minta maaf sangat kerana abang tak mampu bersama-sama Laila menyambut kelahiran khalifah-khalifah kecil kita.”

Adakah bahagia milik mereka?

Tag Drama Imam Mudaku Romantik [Astro Oasis]

No comments

Powered by Blogger.