Drama Cinta 11 Syarat [Astro Prima]

Drama Cinta 11 Syarat [Astro Prima]
Bermula: 6 Jun 2016
Siaran: Isnin - Jumaat, 6.00 Petang
Saluran: Astro Prima‬ ‪& Astro Maya HD
Episod : 20
Pengarah: Keoi Hj Khalid
Terbitan: Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Aqasha Bella Dally  Iqram Dinzly  Kaza Farisha Irwayu Ghali Afifah Nasir Anne Abdullah

Sinopsis Drama Cinta 11 Syarat [Astro Prima]
Rasya yang menyinggah ke rumah mak saudara diperkosa abang sepupu yang tertekan kerana baru putus cinta dengan kekasihnya Rita. Rasya pula hanya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan orang lain sehinggalah disahkan mengandung. Dia masih lagi tidak buka mulut dan menyembunyikan identiti perogol sehingga  ayahnya menggunakan kekerasan (melibas dengan rotan) untuk memaksanya. Rasya bernasib baik kerana mak dan adik-adik menyayangi dan masih menerima dia. 

Tidak lama kemudian muncul Haziq a.k.a Komeng yang ingin melindunginya dan sanggup menerima Rasya sebagai isteri. Haziq merupakan musuh Rasya masa zaman sekolah dahulu. Perkahwinan mereka mendapat tentangan emak Haziq kerana dia tahu keadaan Rasha. Walaupun sudah berkahwin, Rasya sukar menerima Haziq kerana sering teringat kisah silam antara mereka. Haziq bersungguh-sungguh tanpa putus asa cuba memikat isterinya. Bila dah timbul bunga-bunga cinta, abang sepupunya pula hadir untuk bertanggungjawab dan berlaku perebutan hak penjagaan anak. Tetapi lebih menyedihkan, Rasya mengalami keguguran masa kandungan berusia 7 bulan setengah.

Rasya ingin menyambung pengajian, namun Haziq akan membenarkan jika dia terima beberapa syarat yang mana Rasya tidak boleh elak jika ingin habiskan pengajiannya itu. Apakah syaray-syarat tersebut? nantikan tayangan drama ini nanti.

Tag : Drama Cinta 11 Syarat [Astro Prima]

No comments

Powered by Blogger.