Drama Demi Cinta Ain [Slot Samarinda TV3]


Drama Demi Cinta Ain [Slot Samarinda TV3]
Episod : 15
Bermula : 19 April 2016
Masa :  Isnin-Rabu, 10.00 malam
Slot : Samarinda TV3
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Skrip : -
Terbitan : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Nur Risteena Munim, Aiman Hakim, Nazrief Nazri, Zahirah Macwilson, Nazeera Sardi, Jasmin Hamid, Zizan Nin, Nur Qistina Raisah, Fazli Daniel, Hafiz Bahari, Ridzywan Rizal Ramli, Ayuna Yusof, Razali, Azhar Amir, Fetty Ozul

Sinopsis Drama Demi Cinta Ain [Slot Samarinda TV3]

Mengisahkan perkahwinan Alif (Aiman Hakim) dengan Sakinah (Nazeera Sardi) diuji apabila Sakinah disahkan menghidap kanser. Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hakim (Fazli Daniel Ali) dan Hanis (Qistina Raisah). Alif semakin tertekan apabila perlu menanggung kos pembiayaan perubatan Sakinah yang tinggi sehinggakan mereka terpaksa menumpang di rumah ibu tiri Sakinah, iaitu Suraya (Jasmin Hamid) yang menjalankan perniagaan restoran terapung. Suraya tidak suka dengan kehadiran Alif sekeluarga menumpang di rumahnya dan seringkali melepaskan kemarahannya pada Hakim dan Hanis apabila dia merasa terbeban kerana perlu menanggung perbelanjaan harian mereka.

Dalam masa yang sama pula, Ain Maisara (Risteena) adik Sakinah kurang senang dengan Alif. Sikap panas baran Aliff yang dilihat sering sahaja memarahi Sakinah walaupun Sakinah dalam keadaan lemah membuatkan Ain bertambah benci kepada Alif. Ain juga berasa tertekan apabila dia dipaksa oleh Suraya untuk bekerja di restorannya sebagai daya penarik supaya lebih ramai pelanggan datang ke restoran mereka.

Dalam kebuntuan memikirkan kesempitan hidup, ketika minum di sebuah warung, Alif terpandang seorang pelanggan wanita tertinggal beg tangannya. Alif hilang pertimbangan, dia mengambil beg tangan tersebut dengan menyembunyikan di sebalik jaket yang dipakainya. Pada mulanya Alif serba salah untuk mengambil duit di dalam beg tangan tersebut tetapi mengenangkan ungkitan Suraya yang sering merungut kerana terpaksa menanggung Alif sekeluarga, akhirnya Alif mengambilnya. Perbuatan Alif itu akhirnya membawa padah apabila dia tertangkap dan dipenjarakan.

Tanpa Suraya dan Ain sedar, Alif sebenarnya telah banyak berkorban demi menjaga dan membiayai kos rawatan Sakinah. Alif telah menjual lorinya kepada Ashraf (Zizan Nin) untuk mendapatkan duit, kemudian terpaksa pula bekerja dengan Ashraf untuk meneruskan hidupnya. Semua kesusahan itu dirahsiakan oleh Alif, cuma Mawar (Zahirah Macwilson) rakan baik Sakinah yang tahu semua pengorbanan Alif. Apabila mengetahui kebenaran itu, terdetik perasan cinta di hati Ain terhadap Alif namun terhalang oleh perancangan Suraya yang mahukan Ain berkahwin dengan Ashraf yang kaya itu. Ain juga buntu memikirkan akan perihal Adam (Nazrief Nazri) yang turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Official Trailer Drama Demi Cinta Ain [Slot Samarinda TV3]

Tag : Drama Demi Cinta Ain [Slot Samarinda TV3]

No comments

Powered by Blogger.