Live Streaming / Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016

Gabungan pelawak daripada grup berbeza dalam sebuah kumpulan baharu akan membawa kelainan kepada musim terbaharu program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).


Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega MLM 2016

Tarikh: Mulai 29 Januari 2016 (Setiap Jumaat)

Masa: 10.00 Malam

Lokasi: Dewan MBSA Shah Alam

Siaran Rasmi: Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD

Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal berkata, ia akan menghidupkan lagi gelanggang MLM 2016 dalam memastikan rancangan itu sentiasa segar dan dapat menarik perhatian penonton.

MLM 2016 bakal menampilkan 15 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari ini.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Antara pelawak yang bergabung adalah kumpulan LOL gabungan Angah bersama Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) selain Joras yang dianggotai oleh Shuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor).

Peserta lain yang turut terlibat adalah Cham (Along dan Azrul Cham), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Awok (Filzah, Ain dan Ayie), Enjen (Raja Azri, Acong dan Yus), Shake (Amir, Bell Ngasri dan Haszmi), Chilok (Chiwan, Achok dan Kamal), XOLA (One, Chot dan Wan Jala), Puteh (Mamak dan Ali).

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim turut mencuri perhatian apabila muncul sebagai peserta kumpulan Bos bersama Ajo dan Abu.

Manakala kumpulan Bora (Isa, Yan dan Mamat) mewakili Singapura dan Saywho (Vicha, Bocil Bancin dan Agus) Indonesia.

Dua peserta solo yang turut bertanding adalah Reza Mukmin dan Kavin Jay.
















Tag : 
Live Streaming / Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 
Live Streaming / Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 
Live Streaming / Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 
Live Streaming / Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 
Live Streaming / Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 

No comments

Powered by Blogger.