Drama Kak Marr [Iris TV3]


JUDUL : Drama Kak Marr [Iris TV3]
Episod : 20 
Bermula : 13 Januari 2016 (Isnin-Khamis, 6.30 petang)
Slot : Slot Iris TV3
Skrip : Mufid Shuhaimi
Pengarah : Emi Suffian
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon : Rozita Che Wan, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Redza Rosli, Ben Ali, Azza Elite, Hairi Safwan, Adik Arissa, Mustaqim Bahadon, Fattah Amin, Ayu Raudhah, Aishah Ilias, Kazar, Ayumie Azizan, Tatty Hassan, Jasmin Hamid, John Chisel
Lagu : Aina Abdul 
Lirik : Marr Mohamad
Penyanyi : izreenazminda

Sinopsis Drama Kak Marr [Iris TV3]
Mengisahkan Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya. Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr. Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr. Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr. Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr. Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr?

Tag Drama Kak Marr [Iris TV3]

No comments

Powered by Blogger.