Drama Menongkah Kasih [Azalea TV9]


Drama Menongkah Kasih [Azalea TV9] - Ulangan di Azalea TV3 Bermula 1 Februari 2016
Episod : 20
Bermula : TV9 (Selasa-Khamis, 8.30 malam) | TV3 (Isnin-Kahmis, 2.00 petang)
Siaran : Selasa - Jumaat 8.30 Malam
Slot : Slot Azalea TV9
Skrip : Soleha
Pengarah : Ayie Mustafa
Terbitan: Sha's Media Sdn Bhd
Pelakon : Ayda Jebat, Ana Dahlia, Beego, Aidil Aziz, Fikhree Bakar, Zarina Zainuddin, Laila Nasir, Adam Lee, Mas Hadzeem Khan, Yra Fauzi, Afique Hussain
Lagu : Halang
Penyanyi : Fahmi Esmail

Sinopsis Drama Menongkah Kasih [Azalea TV9]
Mengisahkan ibu tunggal iaitu Datin Rahmah (Zarina Zainuddin) sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat). Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.Datin Rahmah berasa sunyi dari kasih sayang anak-anaknya, Reffa dan Riyana meskipun mereka tinggal serumah. Setiap pagi Datin akan bersarapan seorang diri. Biarpun Reffa bekerja di syarikatnya namun Reffa sangat jarang untuk pergi kerja bersama-sama Datin. Riyana pula sering sahaja tersalah memilih rakan sejak dari zaman sekolah sehingga kini. Kadang kala Datin merasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid ke semuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar. Datin menyalahkan dirinya kerana di usia mudanya, dia sering sibuk dengan kerja sehingga akhirnya menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Di usia tua ini, Datin berusaha mencari semula kasih sayang anak-anaknya itu. Suatu hari ketika di pejabat, seorang demi seorang stafnya pulang dan Datin tinggal keseorangan di pejabat walaupun sudah menjelang senja. Ketika Datin Rahmah mahu pulang secara tiba-tiba dia merasa pening dan jatuh pitam di dalam bilik. 

Tag Drama Menongkah Kasih [Azalea TV9]

Official trailer Drama Menongkah Kasih [Azalea TV9]

No comments

Powered by Blogger.