Drama Seindah Takdir Cinta [Akasia TV3]



Drama Seindah Takdir Cinta [Akasia TV3]
Episod : 28
Bersiaran : 25 Mei 2016
Slot : Slot Akasia TV3
Skrip : Mufid Shuhaimi
Novelis : Kamsiah Abu
Pengarah : Zulhuzaimy Marzuki
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd
Lagu : Takdir Cinta
Penyanyi : Fauziah Latiff
Pelakon : Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Redza Rosli, Haff Ridzuan, Azri Iskandar, Ifa Raziah, Amai Kamaruddin, Nazzaty Rusli, Tatty Hassan, Lydiawati, Nazmi Nordin, Aina Abdul, Aidit Noh, Abdul Rahman Suud, Raja Ema, Mahmud Ali Basha, Raja Emma, Mubarak Majid, Rudy Imran

Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta [Akasia TV3]
Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya? Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?

Tag : Drama Seindah Takdir Cinta [Akasia TV3]

Official Trailer Drama Seindah Takdir Cinta [Akasia TV3]

1 comment

Afif Rayyan said...

Memang layan citer nie..

Powered by Blogger.