Drama Bukan Isteri Sempurna [Samarinda TV3]


Drama Bukan Isteri Sempurna [Samarinda TV3]
Episod: -
Bermula : Mulai 3 September 2015 (Selasa-Khamis, 10.00 malam)
Siaran : Slot Samarinda TV3
Novelis : Tulip Ungu
Pengarah : Azmi Hatta
Terbitan : A.Aida Production / Kaki Novel
Pelakon : Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd, Khatijah Tan, Zulkifli Ismail, Afzan Rahman, Aishah Atan

Lagu : Bukan Isteri Sempurna 
Artis : Mila Jirin
Lagu : Eddie Hamid 
Lirik : A.Aida
Terbitan : Nova Music
Link : https://youtu.be/wZQWrrjaPss

Sinopsis Drama Bukan Isteri Sempurna [Samarinda TV3]
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Official Trailer Drama Bukan Isteri Sempurna [Samarinda TV3]

Tag : Drama Bukan Isteri Sempurna [Samarinda TV3]

No comments

Powered by Blogger.