Drama Setulus Janji [RTM TV1]



Drama : Setulus Janji [RTM TV1]

Pelakon : Azlee Khairi, Fida Ibrahim, Fahrin Ahmad, Shah Iskandar, Elfira Loy, Watie Elite dan Nurul Aini

Terbitan : KarnaDya Solutions

Bersiaran : -

Episod : -

Pengarah : -

Novel : Setulus Janji [Alaf 21]

Penulis : Aina Emir

Skrip : -

Saluran : RTM 1

Sinopsis Drama : Setulus Janji [RTM TV1] [Sinopsis novel]

" Tanpa lafaz pun ku tahu  kau akan datang pada tika dan saatnya "

5 tahun menyemai kasih bersama Aiman akhirnya kecundang jua. Sikap Aiman yang semacam acuh tak acuh terhadap dirinya membuat kasih Insyirah mulai pudar. Insyirah keliru dengan sikap Aiman semenjak kepulangannya ke tanahair.

Keperihatinan Ilham mencuit hati wanitanya.Sikap Ilham yang mengambil berat dan penyayang terserlah terhadapnya. Insyirah bagai tidak percaya dengan perubahan Ilham. Kalau dulu Ilham adalah seorang yang amat serius dan tidak mudah mesra apalagi dengan dirinya. Insyirah jatuh kasih pada Ilham akhirnya. Terbit rasa bersalah pada Aiman kerana berpaling kasih namun dia tahu Aiman tidak bersungguh mencintai dirinya.

Penerimaan keluarga amat mengejutkannya. Begitu mudah ibu dan ayah Ilham menerima dirinya disatukan dengan Ilham. Perkahwinan yang diadakan menambah kemarahan Aiman namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Insyirah sendiri menyetujui untuk berkahwin dengan Ilham.

Bahagia yang baru di bina di landa dugaan. Baru dia sedar, kenapa dengan mudah ibu dan ayahnya bersetuju bila Ilham menyatakan hasrat untuk mengahwininya. Semuanya adalah rancangan ibu Ilham yang merupakan ibu angkat Insyirah. Dia tidak mahu Insyirah menjadi mangsa ketidaksetiaan Aiman. Aiman yang ligat dan digelar Mat Romeo kerana sikap peramah dan mudah mesranya itu. Terbongkar rahsia yang Aiman telah merampas tunangan Ilham, Juwita. Disebabkan itu Ilham memutuskan pertunangannya dengan Juwita.

Insyirah berasa sedih kerana Ilham mengahwininya kerana arahan ibunya. Bukan kerana Ilham benar-benar mencintainya. Insyirah terasa hati dan merajuk dengan Ilham. Puas dipujuk. Puas dijelaskan keadaan sebenarnya namun Insyirah tetap melancarkan perang dingin dengan suaminya, Ilham.

Kehamilannya mengejutkan dirinya. Dia tidak mahu Ilham tahu dia sedang hamil di saat hatinya masih marah pada suaminya. Namun naluri wanitanya tersentuh dengan kesungguhan Ilham memujuknya. Akhirnya di lembutkan hatinya mengenangkan anak yang dikandungnya itu adalah lambang kasih sayang antaranya dengan Ilham.

Baru mahu berbaik semula dengan suaminya, kehadiran Juwita dalam hidup suaminya menghancurkan segala. Insyirah mendapatkan penjelasan dari Aiman tentang perhubungan Juwita dengan Ilham. Aiman menyatakan Ilham masih menyayangi Juwita. Pertunangan mereka putus di sebabkan mamanya mahukan begitu. Insyirah terkejut dan bertindak pulang ke rumah ayahnya di kampung dengan alasan untuk menenangkan dirinya. Ilham yang tidak tahu kenapa sikap Insyirah tiba-tiba berubah begitu hanya mengizinkannya.

Di kampung Insyirah berkenalan dengan Rizuan. Insyirah rimas di perhatian lelaki itu. Dan tanpa segan silu Rizuan menceritakan tentang kekasihnya yang telah  meninggal dunia itu seiras dengan wajahnya. Insyirah sedikit tersentuh namun dia tahu siapa dirinya. Dia masih isteri Ilham dan sedang mengandungkan anak mereka.

Juwita sengaja menyakitkan hatinya dengan cerita-cerita yang mengambarkan Ilham dan dirinya memang sedang berhubungan. Insyirah yang masih meragui hati Ilham mempercayai cerita itu. Tetapi bila di tanya kepada Ilham jawapannya seperti kurang menyakinkan dirinya.

Ilham cemburu dengan Aiman. Walaupun Aiman adalah adik kandungnya, tetapi Aiman pernah menjadi kekasih Insyirah. Dia tidak pasti sejauh mana Insyirah menyayanginya. Dia masih beranggapan yang Insyirah masih mengingati Aiman. Sehingga Aiman terlibat dalam kemalangan. Ilham berusaha sedaya upayanya untuk memulihkan Aiman namun dia tidak dapat menerima hakikat apabila Insyirah melebihkan Aiman darinya. Cemburunya jelas terpancar dari renungan dan tindak tanduknya. Insyirah tahu akan keadaan itu tapi dia tidak sampai hati membiarkan Aiman begitu sahaja. Keadaan Aiman semakin kritikal hingga membawa kepada kematiannya. Ibu Ilham menyalahkannya kerana tidak berusaha untuk meyelamatkan Aiman. Ini menambah kesedihan kepada Ilham.

Sikap dingin dan cemburu Ilham semakin menjadi-jadi. Insyirah tidak faham apabila Ilham masih menaruh perasaan cemburu pada orang yang telah tiada. Sehingga dia mendapat berita yang Ilham telah mengahwini Juwita. Hatinya hancur berderai. Jiwanya terasa sakit. Dia ingin lari dari hidup bersama Ilham. Tidak sanggup meneruskan kehidupan bersama lelaki yang ada tetapi bagai tiada itu.

Insyirah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara. Dia kembali ke bumi Manchester. Kali ini dia membawa puterinya bersama. Ilham tidak menghalang pemergiannya. Ini membuatkan Insyirah bertambah yakin yang Ilham memang tidak mahukan dirinya lagi.

Di Manchester, Insyirah bertemu kembali dengan Rizuan.Insyirah memperkenalkan Rizuan kepada sahabatnya yang seiras wajahnya yang bernama Imanina. Ternyata Rizuan mulai tertarik dengan gadis itu. Imanina juga mempunyai perasaan yang serupa dengannya.

Kedatangan Ilham ke Manchester mengejutkan Insyirah. Dan semasa pertemuan itu Insyirah bersama Rizuan. Itu menguatkan andaian Ilham yang Insyirah memang tidak pernah menerima dirinya sebagai suami. Dengan berat hati di lepaskan Insyirah. Bertapa pedihnya hati bila menerima surat cerai dari Ilham. Namun apalah guna meratap. Hidup perlu diteruskan.

Kepulangan Insyirah ke Malaysia bagai kejutan buat Ilham. Dia amat merindui puterinya dan Insyirah. Namu tidak terluah dengan kata-kata. Yang terzahir adalah pandangan dan tingkah laku sahaja.

Ilham memujuk Insyirah kembali ke pangkuannya. Insyirah berat hati mahu menerimanya namun bila mengenangkan anaknya yang mahukan belaian seorang ayah dia menerima cadangan Ilham. Berkahwin semula dengan Ilham kerana anaknya bukan kerana cinta. Peritnya hatinya menerima kenyataan itu. Ilham mengotakan kata-katanya apabila tidak mengendahkan dirinya. Insyirah terpaksa berkompromi dengan keadaan itu.

Suatu hari, Insyirah mendapati Ilham berubah laku. Menjadi sangat romantik dan melayannya sepperti seorang puteri. Dia merasa hairan. Dan apabila Ilham berterus terang tentang surat yang ditulis Insyirah tetang luahan hatinya terhadap dirinya barulah dia mengerti hati dan perasaan Insyirah. Sesungguhnya datanglah seribu Aiman dan Rizuan tidak sama dengan seorang Ilham. Begitulah bertapa istimewanya Ilham dimata Insyirah. Ilham bersyukur kerana cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. 

Insyirah meminta Ilham menjelaskan kedudukan Juwita dalam kehidupan mereka. Dan terkejutnya Insyirah apabila mendapat tahu yang Ilham telah menceraikan Juwita. Sebenarnya, Ilham telah terperangkap. Juwita memberitahunya yang dia mengandungkan anak Aiman dan mahu Ilham bertanggungjawab dengan mengahwininya. Kalau tidak dia akan memalukannya dengan membuat fitnah menyatakan Ilham yang menyebabkan kegagalan proses rawatan ayahnya. Dengan terpaksa Ilham menurut kata-kata Juwita supaya maruah keluarganya tidak tercemar dan pekerjaannya tidak terganggu. Setelah anak Juwita lahir, Ilham membuat ujian DNA dan mendapati anak itu bukanlah anak Aiman. Dan Ilham bertindak menceraikan Juwita di saat itu.

Insyirah terpana dengan penjelasan suaminya. Tidak di sangka pengorbanan suaminya dalam melindungi keluarga dan nama baik Aiman. Yang dia kesalkan suaminya itu tidak mahu berbincang apa-apa masalah dengannya sehingga banyak masa dan air mata yang terbuang kerananya. Namun mereka bersyukur sesungguhnya masih ada peluang untuk mereka bahagia hingga ke akhirnya. 

Official Trailer Drama : Setulus Janji [RTM TV1]

Tag : Drama : Setulus Janji [RTM TV1]

No comments

Powered by Blogger.