Drama Dunia Generasi Baru [TV9]


Drama : Drama Dunia Generasi Baru [Aurora TV9]

Episod : -
Siaran : 16 April 2015
Slot : Slot Aurora TV9
Pengarah : Johan Bahar
Terbitan : KL Motion Pictures
Pelakon : Fadlan Hazim, Zahirah Macwilson, Ben Amir, Erwin Dawson, Natasha Ellyza, Kaka Azraff, Anna Dean, Azhar Sulaiman,

Watak Drama Dunia Generasi Baru [Aurora TV9]

Fadlan Hazim sebagai Ric
Zahirah Macwilson sebagai Zahra
Natasha Ellyza sebagai Siska
Kaka Azraff sebagai Norelle
Ben Amir sebagai Zuhal
Anumahsuri sebagai Lani
Miera Idora sebagai Marina

Sinopsis Drama Dunia Generasi Baru [Aurora TV9]

Mengisahkan kehidupan sekumpulan remaja yang memulakan fasa hidup baru di alam universiti. Pada hari pertama di universiti, kebanyakan pelajar ditemani oleh ibu bapanya. Tetapi tidak bagi Norelle, dia lebih gemar berdikari tanpa ditemani sesiapa. Norelle berkenalan dengan rakan-rakan sebiliknya iaitu Siska, Zahra dan Marina. Siska dan Zahra tidak sehaluan kerana mereka berdua telah berebut katil pada hari pertama. Siska ialah anak kepada bintang rock popular, Rio; Zahra pula berasal dari keluarga sederhana dan perlu bekerja separuh masa untuk menampung kos perbelanjaannya.Norelle juga berkenalan dengan Aman yang cuba mencari alasan untuk tidak mendaftar masuk ke universiti dan menipu ibu bapanya. Aman tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sebiliknya, Zuhal dan Rik. Zuhal anak kepada Dato’ Zohari dan Datin Salbi ialah seorang yang ego dan sering menyelesaikan masalah dengan menggunakan duit. Rik pula seorang yang tidak gemar bercerita tentang kisah peribadinya dan dia juga seorang kasanova yang tidak serius dalam hubungan cinta. Zuhal tidak menyukai Zahra. Dia mencabar Rik untuk memikat Zahra dalam masa yang ditentukan. Jika Rik berjaya membuatkan Zahra jatuh cinta, vespa Zuhal akan menjadi milik Rik. Adakah rancangan Zuhal untuk mengenakan Zahra berjaya?

No comments