Drama Cik Bunga Dan Encik Sombong [Astro Prima]

Drama : Cik Bunga Dan Encik Sombong [Astro Prima]
Pelakon :  Amar Baharin, Amyra Rosli
Terbitan : Global Station SB
Bersiaran :  16 Jun 2015 9 Malam
Episod : -
Pengarah : -
Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong
Penulis : Airisz
Skrip : Cinta Nadeesha, Ishak Mohamad & PGRs TEAM
Saluran : Astro Prima 

Sinopsis Drama Cik Bunga Dan Encik Sombong [Astro Prima]
Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.” Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!” Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

Official Trailer Drama Cik Bunga Dan Encik Sombong [Astro Prima]

Tag : Drama Cik Bunga Dan Encik Sombong [Astro Prima]

No comments

Powered by Blogger.