Drama TV9 Satu Hari Di Sarajevo [TV9]


Drama Satu Hari Di Sarajevo [Slot Ratu TV9]


Satu Hari (Di Sarajevo) drama siri terbaru di slot Ratu TV9, menggantikan Setitis Kasih Darmia. Bermula 2/12/14 setiap Selasa dan Rabu 8.30 malam. Arahan Jamal Khan, terbitan Primeworks Studio Sdn. Bhd. Lakonan Remy Ishak, Sara Ali, Rita Rudaini, Miller Khan. Berjumlah 14 episod.

Sinopsis Drama Satu Hari Di Sarajevo [Slot Ratu TV9]

Satu Hari Mengisahkan Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan) biarpun telah berkahwin selama sembilan tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri. Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) seorang penganalisa air mentah di Sarajevo. Dalam hati yang tidak keruan, tidak pernah sekali pun terdetik di hati kecil Remy bahawa dia akan bertemu cinta baharu di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu. Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sabrina akhirnya membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta kembali, namun dia masih terikat dengan memori silam. Namun Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez. Adakah Remy kembali menyulam kenangan lalu atau kekal bersama cintanya bersama Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

No comments