Ariana Rose [Tamat]

ARIANA ROSE

Tajuk : Ariana Rose Full TV3 
Slot : Akasia TV3 
Bermula : 30 Disember 2013
Ost : Dayang Nurfaezah - Dipintu Syurga
Episod : 28
Waktu Siaran : 7 Petang (Isnin - Khamis)
Penerbit : PenaCreative
Novel: The Wedding Breaker (karya Evelyn Rose)
Arahan : Raja Ahmad Alauddin
Penulis Skrip : Sofia Eliza 
Pelakon: Keith Foo (Tengku Adam Kamil) Nur Fathia (Ariana Rose) Arja Lee (Ramzul) Nabila Huda (Liyana) Syatilla Melvin (Sophie) Harith (Hisyam Hamid) Ziela Jalil (Datin Asra)

Sinopsis Ariana Rose TV3 Full Episod :

ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal  diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama  dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.Pengakuan palsu itu telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Ariana akur dengan pilihan orang tuanya atau dia sebenarnya mula menyimpan perasaan pada Tengku Adam yang sudah berubah menjadi lebih baik?


[Admin tidak merekod,memuat naik,memiliki semua video dibawah.Video hanya diembed daripada website www.dailymotion.com.Jika anda mempunyai apa apa isu mengenai copyright video dibawah ini sila berhubung dengan website tersebut.Video boleh dihapuskan serta merta tanpa sebarang notis oleh website tersebut]



Ariana Rose Episod 1
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 2
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 3 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 4 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 5 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 6 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 7
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 8 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 9 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 10 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 11 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 12 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 13 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 14 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 15
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 16 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 17 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 18 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 19 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 20 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 21 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 22 
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 23
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 24
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 25
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 26
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 27
Sorry..content deleted
Ariana Rose Episod 28
Sorry..content deleted

Kredit kepada : drama2u | dfm2u | Kepala bergetar].Sila ke website mereka untuk lebih banyak drama dan siri tv.

2 comments

mediav89 said...

Untuk pengetahuan semua admin hanya letak 4 episod paling latest je..yang sebelum tu delete..nanti berat loading nak masuk page..utk full episod boleh ke link bawah..

Imran Jamil said...

thanks for sharing :) HD Movie Web

Powered by Blogger.