Monday, March 28, 2011

Permainan masa kecil ku.

Assalamualakum buat semua yang bergama Islam dan salam sejahtera untuk warga yang lainnya...

Malam ni aku terpikir nak menulis pasal perkara yang selalu kita buat masa melayari alam kanak kanak dan remaja.sebenarnya ada suatu malam aku,bersama
3 kawan yang berasal masing masing dari negeri sembilan pahang dan perak...saja la melepak kan.. malam malam duk menyembang..dalam pukul 12 malam...ntah macam mana
topik pasal perkara perkara yang masa masa kecik terkeluar..apa yang dasyatnya semua perkara yang dilakukan pada masa itu sama di empat buah negeri yang berbeza ni.

Contohnya;

1. permainan sambung titik di atas kertas petak petak.

2.main tepuk daun terup yang kecik yang ada gamba ahli gusti.

3.main tudung botol(yang menarik cara dan teknik mainan sama plak tue..lawak siot)

4.makan gula gula kelapa yang manis...ala yang gula gula batang panjang.

5.main berebut tiang kat sekolah.

6.main tikam barang.

7.main buat perkataan [camni permainan dia;ada banyak kategori cthnya..binatang,negara dan lain..seorang akan pilih huruf...jadi pemain kena buat perkataanberdasarkan kategori]

8.main dalam parit.

9.lompat getah

10. bola

11. main basikal

12.main laga buah getah

13. main sembunyi sembunyi

14.tonton kartun dragon ball,doraemon dan power rangers.

15.beli buku komik pahlawan [rm 1.50 masa tue]

16.batu seremban

17.main guli

18. baling selipar

19.gasing

20.layang layang buatan sendiri

Lama gila duk menyembang...xsedar jam dah nak pukul 3 pagi...haha..syok sangat bercerita...hahaa...masing masing flesh back balik zaman muda muda dulu...

Anda mesti ada permainan atau perkara dibuat masa kecil dulu kan??share je kat sini..

adios.

No comments:

Post Terkini