Saturday, November 12, 2016

Drama Lara Cinta Ameena [Slot Samarinda TV3]

DRAMA : LARA CINTA AMEENA
EPISOD : 15 Episod
TARIKH / MASA : November 2016
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Tiz Zaqyah, Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq

SINOPSIS DRAMA LARA CINTA AMEENA

Drama Nasi Minyak Kuah Cinta



DRAMA : NASI MINYAK KUAH CINTA
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Oktober 2016
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Azmu Ariff / Nadhirah Megat Osman
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Nazrief Nazri, Emma Maembong, Aishah Ilias, Shahz Jaszle, Anas Ridzuan, Idzham Ismail, Riezman Khuzaimi, Ieka Simone, Fara Lyna Gbob, Henzi Andalas, Wan Nor Azlin, Laila Nasir, Aleza Shadan, Tunku Hanis, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Shakilla Khoriri, Nu'man, Roslan Shah

LAGU TEMA / OST NASI MINYAK KUAH CINTA
Tajuk : Hanya Dirimu
Penyanyi : Eleena Harris & Mark Adam

SINOPSIS NASI MINYAK KUAH CINTA
Mengisahkan tentang Izka (Nazrief Nazri), seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia (Emma Maembong) di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa. Dia masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan dirinya.Ketika di dalam bas, Izka dan Mia mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai tahap ego yang tinggi, maka tercetuslah pertengkaran antara mereka. Akhirnya, mereka berdua terpaksa menaiki bas yang berlainan setelah dihalau keluar oleh pemandu bas tersebut. Kedua-dua terpaksa mengambil bas di waktu petang. Mia menyalahkan Izka kerana tidak sempat menghantar ibu dan bapanya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.Drama antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Izka. Ini memberi peluang kepada Izka untuk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.Satu hari, Izka menghantar kereta antik kesayangannya ke bengkel. Suraya (Aishah Ilias) yang merupakan seorang pengasas produk kecantikan, turut menghantar keretanya di bengkel yang sama. Suraya perli kereta Izka yang buruk itu. Izka tidak mengendahkan kata-kata Suraya. Tanpa disangka, Suraya bertemu semula dengan Izka kerana dia ditugaskan untuk membuat liputan produk kecantikan milik Suraya. Ini membuatkan Suraya berasa serba salah dan terus berubah perangai menjadi baik dan bermulut manis.Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra. Sekali lagi ibu Izka menyuruh Izka pulang ke kampung untuk bertemu dengan Zulaikha.Namun, Izka terpaksa pulang sehari selepas tarikh yang ditetapkan ibunya kerana Mia pun bercuti pada hari yang sama. Zulaikha ada meninggalkan nasi minyak dan kuah kari ayam yang dimasaknya untuk Izka. Selepas merasai masakan Zulaikha, Izka mula rasa terpikat lalu dia pun meminta ibunya untuk meminang Zulaikha.Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil ‘Zulaikha’ oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya sebagai ‘pengubat’.Pada masa yang sama, Mia bertanya tentang Putra kepada ibunya. Dia hanya pernah berbual dengan Putra melalui telefon sahaja. Sudah semestinya perasaan ingin tahu itu semakin kuat. Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dengan musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?

Drama Tak Beli Tak Cinta [Slot Iris TV3]



DRAMA : TAK BELI TAK CINTA
EPISOD : 20 Episod
TARIKH TAYANGAN : 19 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Subroto Katimin
PENGARAH : Ahmad Idham & Rosli Mohd Taib
TERBITAN : AIFA Motion Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Rita Rudaini, Ariz Lufias, Qara Lyana, Syainie Aida  Aliff Yasraff, Erry Putra, Shiha Zikir, Habiel Lutfillah, Rama Sundran, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Cat Farish 

LAGU TEMA / OST TAK BELI TAK CINTA
Lagu : Bimbang
Penyanyi : Izzue Islam

SINOPSIS TAK BELI TAK CINTA
Mengisahkan kehidupan Bibi (Rita Rudaini) yang juga pemilik butik barangan kecantikan dan pakaian. Puan Bibi sedang sibuk mempersiapkan butiknya untuk hari pembukaan yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi. Sejak pemergian arwah suaminya, Puan Bibi belum bersedia untuk menerima cinta dalam hidupnya. Dia hanya mahu fokus dalam bisnes selain menjaga anak lelakinya, Raykal. Kenakalan Raykal juga memeningkan Puan Bibi apatah lagi apabila Raykal sering meragam kerana mahukan ayah baharu.Puan Bibi hanya dibantu oleh seorang staf, Liyana (Syainie Aida), anak saudara arwah suaminya yang gemar melaram dan kuat berangan. Liyana mahu menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa seperti idolanya, Yuna. Tuan CJ (Erry Putra) pula sangat rajin untuk membantu Puan Bibi tetapi sebenarnya dia mencari peluang untuk mendekati dan menggoda Puan Bibi. Malahan, Tuan CJ juga berjanji akan mendapatkan penaja VIP untuk butik Puan Bibi.Keadaan butik itu berubah selepas seorang pemuda lelaki graduan jurusan kimia yang sangat kacak, Isma (Ariz Lufias) diterima sebagai pekerja. Liyana menyimpan perasaan terhadap Isma tetapi Isma pula minat pada Puan Bibi.Sudah seminggu butik Puan Bibi dibuka tetapi gagal mendapat sambutan. Puan Bibi tertekan dan terus bercadang mahu menjual sahaja butiknya. Isma menghalang niat Puan Bibi dan memohon izin untuk merangka satu plan publisiti. Isma meminta tolong beberapa rakan perempuan di kolejnya untuk membantu dan Liyana mula melakukan sabotaj kerana cemburu. Akhirnya plan publisiti Isma berjaya dan butik Puan Bibi mula dipenuhi pelanggan.Dek kerana kesibukan menguruskan butik baharunya yang menjadi tumpuan selebriti dan ikon komestik, Puan Bibi seringkali terlupa untuk mengambil Raykal di sekolah. Suatu hari, Puan Bibi cemas apabila gagal mengesan Raykal di sekolah kerana terlambat sampai. Kehilangan Raykal berakhir apabila Raykal dijumpai menyelinap masuk ke dalam kereta cikgu di sekolahnya yang masih bujang dan tampan, iaitu Cikgu Ramli.Sejak pertemuan dengan Cikgu Ramli, Puan Bibi sering dilamun angau. Dia sentiasa membayangkan Cikgu Ramli. Puan Bibi sentiasa sampai awal di sekolah untuk mengintip Cikgu Ramli. Malangnya, Cikgu Ramli sudah bertunang dan bakal berkahwin. Bagaimana pula dengan hubungan Puan Bibi dan Isma? Adakah Puan Bibi akan menerima cinta daripada lelaki yang lebih muda daripadanya? Apakah rahsia yang cuba disimpan oleh Isma?

Drama Jejak Karmila [Slot Zehra TV3]

DRAMA : JEJAK KARMILA
EPISOD : 13 Episod 
TARIKH / MASA : November 2016
SIARAN : Slot Zehra TV3
NOVELIS : Nilam Himawari / Rizalwan Ramli
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Aley, Amy Mastura, Fauziah Nawi, Wani De'fam, Nafiz Muaz, Johan As'ari, Wan Sharmila, Duerra Mitilda

SINOPSIS JEJAK KARMILA 
Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah SWT. Apabila ada yang merana di dalam sana, yang diluar ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilai. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah dia beralih pula pada gadis lain. Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja bongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila. Siapakah sebenarnya Karmila?Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya?Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri?